Wednesday, November 30, 2011

spagethi bolognese


ini la breakfast aku pagi ni..actually ini left over food last nite..kira aku masak utk pengantin baru..diorang singgah umah aku....niat di hati nak buat roasted chicken..beria2 menanya2 resepi....last2 dorang sampai nak tgh malam..last2 aku bukak tin preggo ar..apa lagi... 30 minit dah siap...

1 pack spaghetti (jenis lain pun boleh, ikut kesukaan contohnya fettucine)
2 labu bawang besar (yg kaler kuning tu)
5 ulas bawang putih - cincang halus
2 biji tomato (di potong dadu)
1 tin button mushroom
500 gm minced beef/chicken (ai guna yg jenama ramli tuh) dia memang ada rasa masin n berperisa
1 tin Prego
1 tin air (sukat guna tin tadi)
daun basil kering
Sedikit margerine/butter
Cara-cara 1.Dalam satu periuk, rebus air + sesudu margerine. Bila dah mendidih, baru masukkan spaghetti tu. Masak dlm 5-6 minit (ikut arahan pada bungkusan spaghetti itu) 2.Sementara biar spaghetti tu masak, potong dadukan bwg besar (kecil-kecil) dan cincang halus bawang putih. 3.Masukkan sedikit margerine (dlm 3-4 sudu besar) ke dalam periuk yang lain. Goreng bawang putih sehingga kekuningan. 4.Masukkan pula bawang besar yg telah dipotong dadu kecil2 tadi. Biarkan bwg masak sekejap. 5.Masukkan daging/ayam kisar tadik. Biar sehingga daging/ayam separuh masak. Kecilkan sikit api. 6.masukkan tomato tadi masak layu..Buka tin cendawan tadi, quarterkan (potong empat) cendawan butang. Basuh dan masukkan dalam periuk. 7.Buka tin prego, campurkan dalam periuk itu. Kemudian, masukkan air dalam tin tu, dan tuang dlm periuk tu jugak. 8.Tambahkan basil/bay leaves dalam masakan. 9.Letakkan garam secukup rasa. 10.Carikkan2 kan keju, dlm 2/3 keping, masukkan dalam periuk. 11.Biarkan masak dlm 5 minit lagi. Sambil2 tu adjust la rasa secukupnya (garam) 12.Angkat spaghetti yg dah masak dan toskan.

No comments:

Post a Comment

WhAt dO u tHiNk?