Thursday, April 7, 2011

Nak rasa Nasi Goreng Kampung



Bahan A


1. 7 biji bawang merah (bwg kecil) (di mayang)
2. 5 biji bawang putih (dimayang)
3. Segenggam ikan bilis
4. 7 biji cili api (atau lebih kalau suka pedas)

Bahan B

1. 5 senduk nasi yang sudah dimasak, berderai di gaul garam satu sudu
2. 3 sudu besar minyak masak
3. Sayur kangkung (daun dan batang)dipotong 3cm
4. Bawang goreng (kalau takde, takpe)
5. 5 sudu besar air masak.

Cara:
1.Tumbuk semua Bahan A, jangan terlalu lumat.Pakai cara tradisional (lesung batu) lagi sedap.Jgn letak air semasa menumbuk, sekadar baki air basuhan ikan bilis & bwg yg melekat pada bahan2 tersebut, kira ok.

2.Panaskan minyak, tumiskan bahan2 yg tlh ditumbuk tadi hingga bwg jadi kekuningan dan naik bau. Api sederhana je. masukkan serbuk perasa (pasti sedap)

3.Bila dah naik bau, letak air sbyk 5 sudu dan masukkan sayur (kangkung) yg tlg dipotong2 tadi (masukkan batang sayur dahulu supaya cepat empuk).Masak selama 1 minit lagi.

4.Kecilkan api sikit, masukkan nasi yang dah dimasak ke dalam kuali dan gaul hingga rata jgn lupa ikan bilis goreng sekali yer.

Ini dinner aku semalam... try jgn tak try

2 comments:

  1. sedapnyaaa..lapar lak petang2 ni...

    eh eh awat xbrani lak nak takel..mai la...sy xblagak aihh... ^_^

    nway thanks ye folo..i folo u back laa...kasi GEGARRRR!!!!!

    ReplyDelete
  2. colorful.pembuka selera ni...uishh...dugaan betul..

    ReplyDelete

WhAt dO u tHiNk?